Ada tak orang yang tak pernah
menangis? Kalau bayi menangis biasanya kerana lapar,lampin basah, sakit
perut dsb, kalau wanita menangis pun dikira biasa – tgk hindustan pun
boleh basah sapu tangan tapi kalau lelaki menangis buruk rupanya.
Lelaki
memang ego yang kononnya tak boleh menangis sedangkan air mata yang
gugur kerana cintakan Allah amat tinggi nilainya dan mendapat balasan di
akhirat kelak. Namun begitu air mata yang gugur bukan hanya untuk
meluahkan perasaan sedih sahaja kerana air mata kita banyak
kelebihannya.
1. Membantu Penglihatan
Air
mata membantu penglihatan seseorang.. Cairan yang keluar dari mata
dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat
penglihatan menjadi kabur.. jadi cara mengurangkan rabun itu menangis..?
Tapi jangan jadi Kassim Selamat dah ler.
2. Membunuh Bakteria
Tak
perlu ubat tetes mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai
antibakteria yang dialami.. Di dalam air mata terkandung cairan yang
dipanggil lisozom yang dapat membunuh sekitar 90% – 95%
bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan
tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5
minit.. jadi kalu mata korang sakit atau pedih, nangis jer..
3. Meningkatkan Mood
Seseorang
yang menangis boleh menurunkan level tekanan kerana dengan menangis,
mood seseorang akan pulih kembali.. Air mata yang dihasilkan dari
menangis karena emosi mengandung 24% protein albumin yang berguna dalam
memulihkan sistem metabolisme tubuh, jadi kalau nak menangis, nangis aja
.. jangan ditahan kerana malu, tapi jangan sampai meraung yang
mengganggu jiran sebelah.
4. Mengeluarkan Racun
Seorang
ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air
mata dan menemui finding bahawa air mata yang keluar dari hasil
menangis kerana emosional mengandungi racun.. Tapi jangan salah anggap,
keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun
dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.. jadi itu tandanya
menangis itu sihat bro..
5. Mengurangkan Stres
Bagaimana
menangis boleh mengurangkan stres..? Air mata juga mengeluarkan hormon
stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan
prolactin.. Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu
melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan
darah tinggi..
6. Membangkitkan Komunikasi
Selain
baik untuk kesihatan fizik, menangis juga boleh membantu seseorang
membangun sebuah komunikasi.. Biasanya seseorang menangis setelah
menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang
boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan
berkomunikasi dan juga bersosialisasi..
7. Melegakan Perasaan
Semua
orang rasanya akan merasa demikian.. Meskipun anda didera berbagai
macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul
perasaan lega.. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan
menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan
lega.. Keluarkanlah masalah di pikiranmu semasa menangis, jangan
dipendam.
No comments:
Post a Comment